Sunday, 23 February 2014

PROFIL PSS



Sejarah Penubuhan Pusat Sumber Sekolah
Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah nadi ilmu kepada sesebuah sekolah. Ia merupakan tempat tumpuan kepada pelajar dan guru untuk membuat rujukan, mencari bahan bacaan pengajaran dan pembelajaran, pembelajaran secara berkumpulan, pembelajaran secara kendiri, penyelidikan dan sebagainya. Pusat Sumber juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan pelbagai maklumat dan memupuk budaya membaca di kalangan pelajar untuk melahirkan generasi yang berilmu dan berwawasan.
Pusat Sumber SK. Kuala Tatau wujud semenjak sekolah siap dibina. Bermula dengan serba kekurangan, hampir semua peralatan dan kemudahan fasiliti tidak berfungsi. Pelbagai langkah dan usaha telah dijalankan bagi memantapkan fungsinya sebagai sumber maklumat. Kini Pusat Sumber berusaha mengorak langkah bagi melengkapkan diri bagi mencapai impian yang membanggakan.
Pusat Sumber SK.Kuala Tatau mempunyai kemudahan fizikal yang kondusif dan hanya boleh menampung 20 pelajar sahaja. Bilik Pusat Sumber Sekolah mempunyai kemudahan ICT serta mempunyai beberapa ruang seperti ruang Perpustakaan, ruang rujukan, ruang APD/Audio Visual. Melalui kemudahan yang sedia ada ini, Pusat Sumber Sekolah bersedia untuk memberikan keperluan maklumat kepada warganya, dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Visi
Memastikan Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau mencapai tahap PSS Cemerlang dalam proses Pembestarian Sekolah dan sentiasa bersedia membudayakan keilmuan dan kecemerlangan pendidikan menjelang 2019.
(Perancangan 5 Tahun (2014 - 2019) PSS SKKT)

Misi
Memberi peluang saksama kepada segenap warga Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau berbudaya keilmuan dengan menikmati semua kemudahan, perkhidmatan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi PSS yang efektif, dalam melahirkan warga yang intelektual, bermaklumat, bertamadun dan gemilang.
(Perancangan 5 Tahun (2014 - 2019) PSS SKKT)

Piagam Pss
1.     Memastikan semua pelajar-pelajar diberi peluang belajar dan mendapat kemudahan pendidikan di Pusat Sumber
2.   Bersedia memberi penerangan dan maklumat terkini dengan tepat dan cekap mengikut keperluan pihak yang berkenaan
3.    Mengamalkan lima prinsip berikut bagi realisasikan pengurusan Pusat Sumber yang cekap dan cemerlang selaras dengan hasrat Wawasan Pendidikan ke arah Wawasan Negara :- Mengenali,   Menyayangi, Memajukan, Memantapkan dan Menilai.
4.   Memastikan pelaksanaan dan pengurusan Pusat Sumber lebih kondusif, sistematik dan terkawal untuk menjamin keselesaan pelajar-pelajar
5.    Memberi layanan dan perkhidmatan kaunter yang mesra, cekap dan adil setiap masa.
6.    Memastikan wujudnya hubungan baik dengan badan-badan yang lain di Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara
7.    Sentiasa peka dan responsif terhadap segala pandangan dan teguran yang membina demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Kuala Tatau.

No comments:

Post a Comment