KOLEKSI
BAHAN BACAAN
Koleksi
bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yangdiselenggara dan
disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk digunakan olehpelajar dan guru. Koleksi
bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapakategori, antaranya adalah :
- Buku Fiksyen
- Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
- Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
- Bahan Terbitan Berkala.
- Bahan khusus.
BUKU
FIKSYEN
Buku
fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan
seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan mengikutbahasa,
antaranya :
- Buku Fiksyen Melayu
- Buku Fiksyen Inggeris
- Buku Fiksyen Cina
- Buku Fiksyen Tamil
- Buku Fiksyen Arab
Kebiasaannya
cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
- Cerita Sains
- Cerita Nasihat
- Cerita Dongeng
- Cerita Khayalan
- Cerita Binatang
- Cerita Rakyat
BUKU
BUKAN FIKSYEN
Buku
bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman danbuku bukan
fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakanbuku-buku bukan
fiksyen yang diberi pinjam kepada pengguna. Buku bukanfiksyen rujukan adalah
buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dantidak dibenarkan dipinjam oleh
pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
- Karya am
- Falsafah
- Agama
- Sains Kemasyarakatan
- Bahasa
- Sains Tulen
- Teknologi
- Kesenian
- Kesusasteraan
- Sejarah & Geografi
BUKU
RUJUKAN
Buku-buku
rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untukmencari maklumat
tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentangmakna perkataan, sesuatu
kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentangtempat, data dan sebagainya.
Buku rujukan terdiri daripada :
- Buku Rujukan Umum
- Buku Rujukan Am
- Buku Rujukan Khusus
- Bahan Khusus
BUKU
RUJUKAN UMUM
Buku
rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta
memenuhikeperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan
denganmata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi
kehendakkurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.
BUKU
RUJUKAN AM
Buku-buku
rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semuaorang. Ia berguna untuk
rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Diantara buku rujukan am adalah :
- Almanak
- Atlas
- Direktori
- Ensiklopedia umum
- Gazetir
- Kamus umum
BUKU
RUJUKAN KHUSUS
Buku-buku
rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,mendalam dan khusus
untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Iamengandungi maklumat terperinci
mengenai satu cabang ilmu sahaja. Diantara buku rujukan khusus adalah :
- Abstrak
- Bibliografi khas
- Biografi Individu
- Ensiklopedia Khusus
- Buku Glosari
- Buku Indeks
- Buku Istilah
- Kamus khusus
BAHAN
KHUSUS
Bahan
khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkaraatau bidang
khusus. Di antara bahan khusus adalah :
- Kertas Seminar
- Pekeliling
- Tesis
- Maklumat perangkaan
KOLEKSI
BUKU MALAYSIANA
Koleksi
buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di Malaysia,
ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam
atau di luar Malaysia.
KOLEKSI
BUKU NADIR
Koleksi
buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum1900 atau
terbitan yang jarang atau sukar didapati.
BAHAN
TERBITAN BERKALA
Bahan
Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala ataubersiri.
Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali,setahun
sekali atau mengikut jangka masa tertentu. Di antara bahan terbitanberkala
adalah :
- Buletin
- Jurnal
- Laporan Tahunan
- Majalah
- Risalah
- Surat khabar
ABSTRAK
Abstrak
adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan
tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gayapenulisan yang sama
dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :
- Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
- Membuat nota dan catatan yang berkesan
- Tentang bahan semasa.
- Dalam penyampaian laporan.
- Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat yang dikehendaki
ALMANAK
Almanak
merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia jugamerupakan
kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan denganmaklumat lain seperti
terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaranbulan dan ramalan cuaca.
Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumatperangkaan atau fakta mengenai
bidang-bidang tertentu dengan cepat danmendalam.contoh almanak
BIBLIOGRAFI
Bibliografi
merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetakyang disusun
mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalamsusunan berabjad.
Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitanbercetak. Bibliografi
mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan.
Bibliografi
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
- Bibliografi di bahagian akhiran buku.
- Bibliografi jilid khas atau buku.
Tujuan
menggunakan Bibliografi adalah untuk :
- Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan denganisi kandungan buku yang telah dibaca.
- Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan
- Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan tanpamengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu bahan.
BIOGRAFI
Biografi
adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayathidup individu.
Tujuan menggunakan buku biografi adalah :· Untuk mendapatkan maklumat tentang
seseorang tokoh dengan lebihmendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal
dunia.contoh biografi
ENSIKLOPEDIA
Ensiklopedia
merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luastentang semua cabang ilmu
pengetahuan yang pada umumnya disusunmengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan
semua tajuk tentang peristiwa ataufakta dan mampu menjawab persoalan tentang
apa, bila, siapa, di mana,mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat
mutakhir.Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar
danilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.
Ensiklopedia
terbahagi kepada dua jenis iaitu :
- Ensiklopedia umum - Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentangperkara atau bidang tertentu.
- Ensiklopedia Khusus - Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungiketerangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara atau bidang yang berkenaan.
Tujuan
menggunakan ensiklopedia adalah :· Untuk mendapatkan gambaran umum tentang
sesuatu perkara atau topikdengan merujuk ensiklopedia umum.· Untuk mendapatan
maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atautopik dengan merujuk ensiklopedia
khusus.
GAZETIR
Buku
gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempatatau lokasi.
Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripadamaklumat
geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah,perangkaan, kebudayaan
dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.Gazetir disusun mengikut
abjad. Tujuan menggunakan gazetirGazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi,
sejarah dan ekonomisesuatu tempat.
GLOSARI
Glosari
merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataantertentu
mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad,
khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.
Terdapat
dua jenis glosari iaitu:
- Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagibuku bukan fiksyen.
- Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu.
Tujuan
menggunakan glosari
- Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatuperkataan atau istilah yang kurang jelas.
- Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembacadapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepadakamus.Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat
INDEKS
Satu
senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatumaklumat seperti
perkataan atau topik.
Tujuan
Indeks
- Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah buku yang dibaca.
- Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.
Jenis-jenis
Indeks
- Indeks di bahagian akhir buku.
- Indeks Jilid Khas.
ISTILAH
Perkataan
yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmupengetahuan.Tujuan
menggunakan istilah :
- Untuk mendapatkan ejaan yang betul.
- Untuk membuat terjemahan.
- Untuk ketepatan penggunaan perkataan.
Jenis
Istilah·
Halaman
Istilah.
Halaman
Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.·
Buku
Istilah.
Buku
Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidangtertentu.
KAMUS
Kamus
merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataanseperti
definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa,penggunaan, dan
kedudukan semasa dalam susunan berabjad.Kamus terdiri daripada beberapa jenis,
antaranya adalah :a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi
maklumatseperti :- Makna sesuatu perkataan- Cara menggunakan perkataan- Ejaan
yang betulb. Kamus TerjemahanKamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu
perkataan dalamsatu bahasa ke bahasa yang lain.c. Kamus Perkara Khas ( Kamus
khusus )Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatuperkataan
dalam sesuatu bidang tertentu. Tujuan menggunakan kamus adalah :
- Untuk mencari makna atau definisi perkataan .
- Untuk mengetahui asal-usul perkataan.
- Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
- Untuk mengetahui jenis perkataan.
- Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.
- Untuk mengetahui ejaan yang betul.

No comments:
Post a Comment