Sunday, 23 February 2014

PENGURUSAN

PROGRAM NILAM
LATAR BELAKANG
Satu tamadun bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu adalah melalui amalan membaca sebagai budaya hidup.

PROGRAM NILAM
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.

MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan murid.

OBJEKTIF
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM
i. Rekod Membaca : Setiap murid merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod membaca
NILAM
ii. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
iii. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan buku yang dibaca.

PELAKSANAAN
Program NILAM mempunyai dua tahap:
Tahap I : Jauhari
Tahap II: Rakan Pembaca
TAHAP JAUHARI
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah
Menggunakan kemudahan meminjam buku melalui Pusat Sumber Sekolah dan lain-lain sumber.
Mula dinilai dati Tahun 1 hingga Tahun 6 (Sekolah Rendah) dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (Sekolah Menengah).


RAKAN PEMBACA (RP)
Kebolehan murid membimbing dan menarik minat rakan lain supaya suka membaca.
Setelah membaca 100 naskah buku, murid layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
Murid dibimbing oleh guru secara kumpulan melalui bengkel dan tunjuk cara.
Buku yang dipinjam dari Pusat Sumber Sekolah atau dari sumber lain akan dipinjamkan kepada rakan, anggota keluarga, jiran dan lain-lain.
Markah akan diambil kira mengikut penglibatan aktiviti kekerapan, bilangan pinjaman, pendengar dan pembaca.


CONTOH AKTIVITI RAKAN PEMBACA (RP)
a. Bercerita
b. Membaca Bersama
c. Bicara Buku
d. Meminjam buku
e. Pidato
f. Ulasan buku

SISTEM GANJARAN DAN PENGIKTIRAFAN
Tahunan
Buku Rekod Kemajuan
Kad Kumulatif
Keseluruhan
Selepas 6 tahun disekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah.
Sijil Berhenti Sekolah
Surat Akuan Sekolah


TAHAP JAUHARI
Sekolah Rendah
Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
90 179
Gangsa
180 269
Perak
270 359
Emas
360 ke atas
NILAM
Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
72 143
Gangsa
144 215
Perak
216 287
Emas
288 ke atas
NILAM

RAKAN PEMBACA (RP)
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam buku khas, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan. Contoh anugerah yang diberi adalah seperti berikut:
MARKAH
PENGIKTIRAFAN
100 199
Gangsa
200 299
Perak
300 399
Emas
400 ke atas
NILAM
MASA YANG DISARANKAN PROGRAM NILAM
Dimasukkan ke dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
Masa Khas SEMAI (Sepuluh minit Asas Ilmu)
Waktu untuk aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
Menggunakan waktu pengajaran bahasa di kelas pemulihan.
Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
Dalam pelbagai aktiviti membaca.

CADANGAN AKTIVITI PROGRAM NILAM
SEMAI
Program IQRA
Membaca Bersama
Ceramah Buku (Book Talk)
Khemah Membaca
Bacalah Sayang
Kuiz Pengetahuan
Pertandingan Bercerita
Radio Sekolah
Pameran Buku
Pidato
Akhbar Dalam Darjah
Reading Is Fun
Klinik Membaca
Buku Skrap

No comments:

Post a Comment